Tiada jalan pintas berpoligami di Perlis

52

9 APRIL: Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis sekalipun hanya suami dipanggil memberi keterangan pada peringkat awal permohonan, tegas Ketua Hakim Syarie Perlis Ibrahim Deris.

Beliau berkata ini kerana mahkamah tetap akan memanggil isteri pemohon sekiranya didapati keterangan si suami meragukan.

“Jika terdapat keraguan, pihak yang dinamakan sebagai majikan juga turut akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pentauliahan peguam syarie negeri Perlis, di Arau hari ini.

Beliau juga menegaskan kelulusan berpoligami tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ibrahim diminta mengulas mengenai laporan media sebelum ini berhubung kewujudan sindiket menawarkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama yang dilaporkan berlaku antaranya di Perlis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.