Suntikan vaksin ikhtiar untuk elak penyakit-Abdul Hadi

10

8 APRIL: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi muat naik di akaun Facebook rasminya.

“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendaftar giliran bagi mendapatkan vaksin dengan segera,” katanya.

Abdul Hadi menerima suntikan dos pertama vaksin itu di klinik sama pada 14 Mac lalu.

Dalam satu kenyataannya berhubung pengambilan vaksin COVID-19, beliau berkata, mendapatkan imunisasi terbabit adalah antara ikhtiar untuk mencegah jangkitan pandemik berkenaan, selain tawakal kepada Allah SWT.

”Usaha mencegah sebelum sakit itu sangat penting dan pengambilan vaksin adalah ikhtiar dalam usaha mencegah pandemik COVID-19 daripada terus merebak,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.