Gara-Gara Palsukan Saringan COVID-19,Remaja Direman 3 Hari

7

8 APRIL: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memalsukan laporan ujian saringan COVID-19.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan.

Terdahulu , polis semalam menahan remaja itu di sebuah kediaman di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, bagi membantu siasatan berhubung kes memalsukan laporan keputusan ujian saringan COVID-19.

Remaja itu ditahan pada jam 1 tengah hari itu susulan pihak polis menerima laporan daripada pemilik sebuah restoran di Skudai, Selasa lalu. 
Pengadu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada pekerjanya yang menghantar sekeping gambar surat mendakwa positif COVID-19.

Tindakan suspek yang baharu sehari menerima kerja di restoran tersebut mengakibatkan majikan lelaki berusia 32 tahun itu menghentikan sementara operasi restoran dan ke klinik bersama 12 pekerjanya untuk membuat saringan.

Keputusan mendapati kesemua pekerja termasuk majikan negatif COVID-19.

Suspek kemudian mengaku menipu majikannya atas alasan tidak mahu datang bekerja kerana berasakan tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.