Iran mahu perluas hubungan negara dengan Malaysia

11

7 APRIL: Iran mahu memperluaskan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dengan Malaysia di dalam pelbagai bidang demi kebaikan kedua-dua negara.

Menurut Agensi Berita Iran (IRNA), kesediaan itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar (Ekonomi) Iran, Rasoul Mohajer selepas mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaafar yang mengadakan lawatan kerja sehari ke negara berkenaan, semalam.

Berdasarkan hubungan baik dua hala dimeterai selama ini, Mohajer turut meminta Malaysia membantu mempermudahkan interaksi komersial dan perniagaan antara sektor swasta serta awam kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau mengulas mengenai ahli perniagaan, individu berpendidikan dan golongan elit Iran yang berjaya di Malaysia.

Katanya, bagaimanapun Malaysia perlu menangani beberapa isu dihadapinya, termasuk urusan perbankan, kewangan, konsular, kehakiman dan pertukaran pesalah.

Sementara itu, Kamarudin dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatannya ke negara itu adalah bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran, terutama membabitkan bidang komersial serta ekonomi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.