Bakal menantu rupanya anak kandung yang hilang

35

7 APRIL: Seorang bakal ibu mentua di China, terkejut apabila mengetahui bakal menantunya adalah anak perempuannya yang sudah lama hilang.

Dalam kejadian di Suzhou, Wilayah Jiangsu pada 31 Mac lalu itu, wanita berkenaan difahamkan terlihat tanda lahir di tangan bakal menantunya yang sama dengan di tangan anak perempuannya.

Menurut laporan media , TimesNowNews, wanita itu kemudian bertanyakan perkara terbabit kepada ibu bapa bakal pengantin perempuan adakah mereka mengambilnya sebagai anak angkat lebih 20 tahun lalu.

Keluarga pengantin perempuan yang hairan dengan pertanyaan itu kerana perkara tersebut disifatkan rahsia keluarga, bagaimanapun mendedahkan bakal pengantin perempuan berkenaan adalah bayi dijumpai di tepi jalan dan dipelihara sejak 20 tahun lalu.

Bakal pengantin perempuan itu menangis teresak-esak selepas mengetahui bakal ibu mentuanya adalah ibu yang sebenar.

Dia menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai ‘lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri’.

Namun, timbul persoalan apabila pengantin perempuan kini bakal menikahi abangnya sendiri.

Bakal ibu mentua kemudiannya mendedahkan bahawa pengantin lelaki juga adalah anak angkat dipeliharanya.

Dia telah memelihara anak lelaki itu setelah putus harapan mencari anak perempuannya yang hilang.

Perkahwinan kedua-dua pengantin ‘adik beradik’ itu kemudiannya diteruskan kerana mereka bukan saudara kandung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.