Kes COVID-19 di Kanada lepas sejuta

19

4 APRIL: Lebih sejuta kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di Kanada, semalam ketika negara itu berdepan gelombang ketiga pandemik itu, sekali gus memaksa beberapa wilayah mengetatkan perintah sekatan.

Menurut kenyataan media Kanada, angka itu direkodkan selepas sebanyak 2,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Wilayah British Columbia.

Setakat ini, jumlah kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan di Kanada adalah lebih 23,000 kes.

Kanada sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19, didakwa berpunca daripada varian baharu pandemik itu yang cepat merebak.

Dua wilayah paling ramai penduduk di Kanada, iaitu Ontario dan Quebec, turut memperketatkan langkah kesihatan awam sempena sambutan Hari Easter.

Ontario mencatatkan lebih dari satu pertiga kes jangkitan COVID-19 di negara itu dan kini meningkatkan kawalan perintah sekatan sekurang-kurangnya empat minggu.

Hanya 25 peratus daripada jumlah sektor perniagaan tidak penting dibenarkan beroperasi, manakala 50 peratus sektor perniagaan penting dibuka.

Walaupun sekolah dibuka dan penduduk belum diarahkan menjalani perintah  berkurung di rumah, lokasi acara sukan dan salun rambut ditutup.

Quebec, wilayah kedua di Kanada yang paling teruk dilanda COVID-19, memperketatkan larangan di beberapa kawasan sambil mengekalkan perintah berkurung pada sebelah malam sejak Januari lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.