44 terkorban, ramai masih hilang banjir lumpur di Flores Timur

48

4 APRIL: Sebanyak 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, puluhan rumah di beberapa desa di kabupaten berkenaan, ditenggelami lumpur akibat banjir, selain ditimbusi tanah runtuh.

“Halangan di lapangan adalah akses satu-satunya (ke tempat kejadian) adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan BNPB setakat 7 malam ini.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas di kawasan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur sejak awal pagi tadi, melibatkan beberapa desa dan penempatan penduduk.

Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur, menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.