Wanita disyaki pengganas letupkan diri bersama bayi di Tunisia

41

2 APRIL : Seorang wanita yang disyaki pengganas warga asing meletupkan diri bersama bayi perempuan yang dikendongnya menggunakan bahan peledak yang dipasang pada tali pinggang, di tengah bandar Tunisa hari ini.

Wanita tersebut bersama bayi yang dikendong itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai seorang lagi anaknya cedera dalam kejadian tersebut, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri Tunisia.

Kementerian itu turut mendedahkan bahawa pengawal kebangsaan dan unit tentera, pada hari yang sama, menembak mati Hamdi Dhouib, ahli kanan Jund al-Khalifa yang dikaitkan dengan Daesh, di Gunung Mghila, Kasserine.

Tunisa berdepan beberapa serangan pengganas selepas gerakan revolusi yang tercetus pada 2011, menyaksikan anggota keselamatan, orang awam dan pelancong asing terbunuh.

Episode keganasan yang semakin di negara tersebut menyebabkan darurat terpaksa dikuatkuasa dua kali setahun, sejak serangan maut disyaki didalangi Daesh pada 2015 yang menyasarkan bas membawa pengawal presiden.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.