Penerima dua dos vaksin dibenar rentas negeri akan dibincang

20

2 APR: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan sama ada rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ismail Sabri berkata perkara berkenaan akan dibawa dalam Mesyuarat MKN yang akan dipengerusikan sendiri Perdaan Menteri Tan Sri Muhyiddin pada masa terdekat.

“Saya tidak boleh komen sebab saya tahu semalam pun melalui media. Mungkin (Muhyiddin) sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM), saya tidak tahu.

“Jadi, kita akan bincang dalam Mesyuarat Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri nanti,” jelasnya ketika ditemui selepas melancarkan Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4X4 (HMAV 4X4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini

Terdahulu Muhyiddin semalam memberikan jaminan penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuching pada Khamis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.