Kes kematian meningkat, Selangor kekal tertinggi

19

31 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahkan 1,482 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini termasuk tujuh kematian dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 345,500 kes.

Katanya, selain Selangor, dua negeri lain turut mencatatkan kes tiga angka hari ini iaitu Sarawak dengan 176 kes baharu, manakala Pulau Pinang mencatatkan 200 kes.

“Negeri lain yang mencatatkan kes hari ini ialah Johor (86); Sabah (69); Kelantan (57); Kuala Lumpur (42); Melaka (41); Kedah (37); Pahang (36); Negeri Sembilan (32) dan Perak (31).

“Sementara itu, empat negeri lagi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan dengan lapan kes baharu diikuti Putrajaya (tiga); Terengganu (dua) dan Perlis (satu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor melaporkan kes harian baharutertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6peratus)

Beliau berkata daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus).

“Sebanyak 39 kes (2.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Telok Mas (19 kes), Kluster Tembok Tapah (7 kes), Kluster Tembok Muhasabah (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster Pagar Bukit Chagar (2 kes), Kluster Depot Imigresen Semuja (2 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes).

“Terdapat tujuh kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Sabah. Sebanyak lima kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.