PN, MN Perlis Akan Terus Diperkasa dan Diperkukuh

37

 26 MAC : Parti berteras Melayu di Perlis akan sentiasa berusaha memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan memperkasa Perikatan Nasional (PN) selari dengan pendekatan yang dibawa PAS di peringkat pusat.

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, usaha itu ke arah menyatukan perpaduan ummah dalam kerangka berteraskan syariat Islam tanpa menyisihkan kaum-kaum lain Malaysia.

Beliau menyifatkan situasi politik di Perlis sebagai anugerah Allah di mana UMNO diihat erat untuk bersama PN.

“PN negeri juga tiada masalah untuk menjalin kersama dengan ketiga-tiga parti iaitu Umno, PAS dan Bersatu.

“InsyaAllah, kita akan bekerja sebaik mungkin untuk memperoleh kemenangan seterusnya dapat mentadbir negeri ini dengan selesa,” katanya ketika ditemui di Arau, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata UMNO Perlis juga akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan tidak akan melanggar perjanjian dibuat parti itu ketika penubuhannya

Bagaimanapun, Shahidan yang juga merupakan  Ahli Parlimen Arau menegaskan UMNO negeri itu tidak pernah bercadang memutuskan hubungan dengan kepimpinan parti berkenaan di peringkat pusat.

Shahidan berkata, beliau secara peribadi tidak mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti itu, malah mempunyai hubungan akrab dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Mohd Shukri memberitahu beliau akan memberi ruang maksimum mungkin kepada anak muda untuk berada dalam kepimpinan PN.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata langkah itu sebagai salah satu usaha menarik minat golongan muda yang dilihat sekarang semakin muak dengan kondisi politik negara.

Sementara itu, ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, kata beliau keberadaan setiap parti dalam komponen PN dan MN dilihat kukuh dan mantap.

“Pertandingan tiga penjuru sebolehnya hendaklah dielakkan bagi memastikan Kerajaan PN akan terus kekal mentadbir Perlis,” katanya.

Pendekatan diambil UMNO Perlis dianggap sekata dengan perkembangan yang berlaku di Sabah, biarpun ia agak berbeza dengan pendekatan UMNO di negeri-negeri lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.