Fadillah: Jalan Simpai Pulai-Blue Valley selamat dilalui

53

26 MAC : Kementerian Kerja Raya mengesahkan jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Kinta, Perak masih selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof selepas melakukan tinjauan di lokasi cerun runtuh di Seksyen 44, FT185, Jalan Simpang Pulai–Blue Valley, petang tadi.

“Panjang jalan tersebut adalah 600 meter dengan anggaran keluasan 67,500 meter persegi dan anggaran ketinggian runtuhan 250 meter

“Berdasarkan pemeriksaan, tiada sebarang keretakan atau pergerakan pada struktur konkrit tersebut.

“Juga tiada keretakan atau mendapan pada permukaan serta di bahu kiri dan kanan jalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Ketika melakukan tinjauan, beliau turut mendengar taklimat daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) berkenaan kemajuan proses pembaikan cerun dan jalan di kawasan runtuhan.

Justeru, beliau memberitahu hasil perbincangan, konsep Contiguous Bored Pile Wall dirancang untuk digunakan bagi pembaikan cerun ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.