Hadi gariskan dua ramuan utama capai kemenangan

28

25 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan terdapat dua ramuan utama bagi mencapai kemenangan yang disoroti dengan sejarah kedatangan Islam di Melaka menerusi pedagang dan saudagar muslim.

Abdul Hadi berkata ramuan pertama adalah  pemimpin perlu mempunyai integriti dan akhlak Islam yang tinggi kepada masyarakat agar dapat mampu menjadi contoh dan ikutkan yang baik kepada masyarakat. 

“Mereka bukan ahli pidato yang berapi, tetapi mereka mendirikan solat dan berniaga dengan akhlak Islam. Mereka tunjukkan integriti dan akhlak yang tinggi. Itulah ramuan pertama.

“Ramuan kedua, jangan berpecah, selesaikan masalah dengan semangat persaudaraan Islam dan bersatu padu,” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika Sesi Libat Urus bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkaya beruzlah dan berjemaahlah untuk membina kekuatan syakhsiah (keperipadian) yang tinggi. 

“Berjemaah dengan hadirkan diri ke usrah, mesyuarat dan kegiatan jemaah. Jangan bergerak seorang diri, mesti berjemaah kerana kita ada kelemahan dan untuk melindungi diri daripada bisikan syaitan yang sentiasa menghasut kepada kejahatan.

“Beruzlah dengan bertahajjud dan mendekatkan diri kepada Tuhan sehingga cabaran dunia dianggap kecil sahaja. Bukan beruzlah selama-lamanya sehingga putus dengan jemaah,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.