Kanak-kanak tujuh tahun korban terbaharu konflik di Myanmar

31

24 MAC : Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun menjadi mangsa korban terbaharu dalam ketegangan politik di Myanmar apabila kanak-kanak itu mati ditembak pihak berkuasa Myanmar di bandar Chan Mya Thazi.

Media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku ketika pihak tentera cuba menembak bapa kanak-kanak itu, namun tersasar dan terkena mangsa sekaligus menjadi kanak-kanak itu mangsa termuda sejak berlakunya rampasan kuasa di negara itu.

Save the Children, sebuah badan bukan kerajaan mendakwa lebih 20 kanak-kanak merupakan antara puluhan yang maut sejak rampasan kuasa itu berlaku.

Pihak tentera Myanmar memaklumkan seramai 164 mangsa telah terbunuh dalam siri protes yang berlangsung bagaimanapun kumpulan aktivis Assistance Association for Political Prisoners (AAPP) mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 261 kematian.

Pihak tentera pada Selasa lalu mengaku sedih dengan kematian peserta protes, namun mendakwa kumpulan anti-rampasan kuasa bertanggungjawab sepenuhnya atas keganasan tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.