Sukar menang PRU15 jika parti Melayu berpecah-PAS NS

50

22 MAC: PAS Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan UMNO negeri itu menerusi Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, pendirian itu selari dengan keputusan pimpinan PAS Pusat walaupun timbul pelbagai polemik mengenainya.

“Malah, pendirian ini sesuai dengan pegangan PAS untuk membawa parti yang majoriti Melayu ini bersama berada dalam satu pakatan supaya kita mempunyai kekuatan berhadapan dengan Pakatan Harapan(PH).

“Kita percaya jika berlaku perpecahan dalam kalangan parti Melayu, keadaan itu tidak akan beri kemenangan kepada kita,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook Penerangan PAS Negeri Sembilan, semalam.

Rafiei berkata, beliau menasihatkan ahli parti itu, terutama di Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai pandangan di media sosial.

Katanya, semua ahli juga diminta merujuk kepada pimpinan PAS jika terdapat sebarang kekeliruan atau tidak puas hati.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.