Lebih 3 juta rakyat AS terima suntikan vaksin dua hari berturut-turut

13

22 MAC : Seramai lebih tiga juta individu mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut di Amerika Syarikat menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara tersebut.

Angka terbaharu tersebut memperlihatkan kejayaan pemberian vaksin di negara itu yang semakin meningkat di mana sebanyak 3.04 juta dos sudah diberikan dalam tempoh 24 jam selepas 3.12 juta lagi pada Sabtu lalu dengan purata pemberian vaksin adalah 2.44 juta dos sehari sejak tujuh hari lalu.

Pengarah Data COVID-19 di Rumah Putih, Cyrus Shahpar melalui aplikasi Twitter berkata buat pertama kali AS mendapat tiga juta atau lebih dalam dua hari berturut-turut.

CDC berkata, 24.5 peratus penduduk kini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 13.3 peratus sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Di kalangan individu yang berumur 65 tahun ke atas, 69 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden berkata, negara itu berjaya mengatasi lebih daripada satu bulan matlamatnya supaya 100 juta orang menerima sekurang-kurangnya satu dos dalam 100 hari pertama pentadbirannya.

Tiga vaksin kini dibenarkan di AS iaitu vaksin dua dos Pfizer/ BioNTech dan Moderna dan vaksin satu dos Johnson & Johnson.

Walaupun banyak negara masih berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin, kerajaan AS berkata ia sudah membuat pesanan yang mencukupi untuk membolehkan semua orang dewasa diberi vaksin penghujung Mei ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.