Ikatan kukuh GRS wajar dicontohi setiap ahli politik

11

22 MAC: Ikatan kukuh dan persefahaman rakan yang dicapai menerusi komponen parti-parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar dicontohi oleh pemimpin politik di negeri-negeri lain.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kesepakatan rakan komponen GRS yang kekal mempertahankan mandat rakyat mampu memacu pembangunan ekonomi.

Menurut beliau, ini juga sekali gus dapat memberi sumbangam kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat di negeri Sabah.

“Apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di negeri Sabah, keakraban dan kerjasama dalam gabungan GRS itu begitu kuat.

“Ia seharus dijadikan contoh kepada semua pemimpin-pemimpin politik dan parti politik di negeri-negeri lain.

“Saya sangat harap kestabilan politik di negeri ini akan terus kuat dan kukuh dan kami di Semenanjung seharusnya menjadikan Sabah ini sebagai satu contoh amat baik,” katanya di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengingatkan semua pihak di Sabah untuk berhenti berpolitik demi kelangsungan pembangunan ekonomi pasca COVID-19.

“Selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah yang sudah, bagi saya cukup-cukuplah berpolitik.

“Kini adalah masa untuk kita berkhidmat untuk negeri Sabah dan rakyat di negeri ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.