WHO sahkan AstraZeneca tiada risiko beku darah

72

20 MAC: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan, tiada bukti saintifik mengaitkan vaksin AstraZeneca dengan risiko pembekuan darah.

Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus, jawatankuasa siasatan vaksin itu mendapati AstraZeneca berpotensi mengurangkan jangkitan dan kematian.

“Jawatankuasa siasatan merumuskan bahawa data tersedia menunjukkan tidak menyebabkan keseluruhan peningkatan masalah gumpalan darah kesan daripada vaksin AstraZeneca.

“Siasatan jawatankuasa ini juga mendapati bahawa manfaat vaksin AstraZeneca melebihi risikonya dan berpotensi mencegah jangkitan dan kematian akibat COVID-19,” kata Dr Tedros.

Katanya, setiap vaksin datang dengan kesan sampingan tertentu.

“Persoalan dengan farmaseutikal adalah risiko pengambilan vaksin ini melebihi daripada risiko terkena jangkitan.

“Dalam hal ini, perkara itu tidak ada, malah vaksin AstraZeneca boleh mencegah COVID-19 yang boleh membawa maut,” katanya.

WHO menyarankan pegawai kesihatan dan pesakit untuk kekal berwaspada memantau sebarang kesan sampingan dan melaporkannya.

Pengumuman WHO itu mendorong beberapa negara kembali yakin untuk meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Negara itu termasuk Perancis dan Itali yang menyaksikan di Perancis, penggunaan vaksin terbabit dimulakan kembali pada Jumaat.

Pemimpin Perancia kini dalam usaha meyakinkan semula rakyat untuk mengambil vaksin itu dan menyatakannya selamat, justeru penduduk di negara berkenaan bersedia menerima imunisasi terbabit dan bekalan seterusnya dijangka tiba minggu hadapan.

Sementara itu, di Itali, pengedaran semula vaksin AstraZeneca dilakukan pada Jumaat, selepas agensi farmalogikal secara rasmi menarik semula penggantungannya.

Penarikan penggangtungan itu adalah selepas agensi ubat-ubatan Eropah turut mengumumkan bahawa vaksin terbabit selamat dan berkesan.

Sejurus selepas pengumuman itu, rakyat di negara berkenaan mula beratur panjang di pusat vaksinasi untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.