Tindakan disiplin jika jalin kerjasama dengan PKR, DAP

101

20 MAC :  Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob menegaskan tindakan disiplin boleh dikenakan kepada ahli atau pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Menurut beliau, UMNO juga tidak pernah berganjak dengan keputusan untuk tidak bekerjasa dengan kedua-dua parti tersebut sepertimana yang telah diputuskan Majlis Kerta Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini.

“UMNO sudah buat keputusan dengan jelas dalam  empat kali mesyuarat MKT bahawa ‘no PKR, no Anwar, no DAP dan  keputusan itu tidak berubah sampai sekarang.

“Justeru, kalau kata kita nak berbincang dengan PKR maknanya tidak ada, dan kalau ada yang berbincang itu dianggap melanggar keputusan MT.  Itu tidak boleh,” tegasnya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Anwar dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.