Tayang Filem Di Instagram,Seorang Lelaki Ditahan KPDNHEP

41

20 MAC : Seorang lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki menyiarkan karya filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta melalui aplikasi Telegram di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. 

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat daripada pemilik hak cipta, lelaki tersebut ditahan dalam serbuan bersama pemilik hak cipta di sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan 

“Lelaki berusia 45 tahun itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

“KPDNHEP turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM5,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Azman memberitahu pihaknya turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM5,000.

“Jika sabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun,” katanya. 

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi atau mengedarkan mana-mana karya hak cipta termasuk filem, lagu, buku berbentuk digital dan sebagainya di mana-mana medium internet termasuk melalui media sosial tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian memandang serius perlakuan ini walaupun ianya hanya dibuat sekadar untuk tujuan keseronokan sahaja.

“Pengguna juga disarankan agar menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan sebarang kegiatan cetak rompak melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC). 

“Aduan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317 atau di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.