SPRM tahan penjawat awam minta rasuah seks

97

20 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam, semalam selepas disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.

Sumber SPRM memberitahu, lelaki berusia 51 tahun itu yang bertugas sebagai ketua di sebuah jabatan kerajaan negeri Sabah ditahan 3.30 petang, di sebuah hotel di Keningau.

“Perkhidmatan seks itu adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy turut mengesahkan penahanan itu.

Menurut beliau, suspek ditahan selama 24 jam untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Tafsiran suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM 2009. 

” Ini meliputi pelbagai perkara termasuk pinjaman, jawatan serta perkhidmatan seperti perkhidmatan seks,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.