COVID-19: Kes baharu catat peningkatan dua hari berturut-turut

16

20 MAC : Kes jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan hari ini dengan merekodkan 1,671 kes berbanding semalam iaitu 1,576 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada 330,042.

Menurut beliau, kes kematian juga turut mencatatkan peningkatan iaitu empat kes yang dicatatkan tengahari tadi berbanding semalam adalah dua kes. 

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 25,542 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

“Manakala penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 1,669 kes,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu sebanyak 151 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 64 menerima bantuan alat pernafasan dan jumlah keseluruhan 1062 kematian setakat ini.

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 1,585 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 316,042 kes atau bersamaan dengan 95. 28 peratus. 

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 652 kes, diikuti Pulau Pinang (328) dan Sarawak (154).

“Jumlah kes kumulatif di Selangor meningkat kepada 111,550, manakala Pulau Pinang 14,432 kes dan Sarawak 13,974 kes.

“Pecahan setiap negeri (kumulatif), Johor merekodkan 130 kes baharu menjadikan 39,873 kes sehingga kini, manakala Sabah 102 kes (54,209),” katanya. 

Tambah beliau, ini diikuti Kuala Lumpur 78 kes (36,952); Kelantan 63 kes (5,591); Kedah 46 kes (8,060); Perak 37 kes (12,615); Terengganu 32 kes (3,539); Negeri Sembilan 25 kes (16,934) dan Melaka 18 kes (6,276).

“Pahang merekodkan tiga kes (3,997); Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes (2,279); Wilayah Persekutuan Putrajaya sifar kes (1,111) dan Perlis sifar kes (321),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.