Hamid Bador perlu dedah siapa dalang ‘kartel’ – Musa Hassan

154

19 MAC: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu mendedahkan siapakah dalang ‘kartel’ yang dikatakan mahu menggulingkannya bagi memastikan tindakan sewajarnya boleh diambil.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kartel lazimnya adalah individu di luar pasukan polis yang mempunyai pertalian rapat dengan pegawai polis tertentu.

Berikut itu, Musa berkata Ketua Polis Negara juga mesti mengenal pasti mereka supaya tindakan boleh diambil.

“Bagaimanapun, umum mengetahui wujud puak-puak dalam pasukan polis dengan segelintir pegawai menyokong kumpulan tertentu demi mendapat kenaikan pangkat.

“Jika kartel yang terlibat bererti ada pihak luar yang mempunyai hubung kait dengan polis tertentu,” katanya dalam satu kenyataannya kepada media malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Abdul Hamid mengatakan sekumpulan polis muda membentuk kartel untuk untuk mendominasi pasukan itu bagi menjatuhkannya.

Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahannya sebelum ini bahawa segelintir pegawai kanan di peringkat pertengahan juga terlibat dengan kartel.

Jelas Hamid, kartel itu akan memastikan rakan subahat mereka dinaikkan pangkat seterusnya mendominasi pucuk pimpinan tertinggi polis pada masa depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.