AstraZeneca tiada kaitan dengan darah beku – MHRA

20

19 MAC: Vaksin AstraZeneca tiada kaitan langsung dengan insiden darah beku, kata pengawal selia kesihatan di Britain yang mengesahkan perkata itu, semalam.

Pengesahan itu dibuat susulan keputusan beberapa negara yang menghentikan dan menangguhkan penggunaan suntikan vaksin itu kerana bimbang akan risikonya terhadap kesihatan, termasuk selepas ada dakwaan bahawa AstraZeneca menyebabkan kejadian darah beku.

Ketua Eksekutif Agensi Pengawal Selia Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) Britain, June Raine, berkata insiden darah beku juga tiada kaitan dengan vaksin Pfizer.

“Darah beku tidak mencatat kadar lebih tinggi dalam kalangan penerima vaksin berbanding mereka yang belum mengambilnya.

“Tidak ada juga bukti bahawa pembekuan darah dalam pembuluh darah berlaku lebih banyak daripada yang dijangka dengan tiada vaksinasi bagi mana-mana vaksin terbabit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.