Agensi Perubatan Eropah sahkan vaksin AstraZeneca selamat digunakan

34

19 MAC : Beberapa negara di Eropah bersedia untuk meneruskan semula penggunakan vaksin AstraZeneca selepas pengawal selia Kesatuan Eropah memberikan lampu hijau mengesahkan vaksin tersebut selamat untuk digunakan.

Antara negara-negara Eropah yang akan kembali menggunakan vaksin tersebut ialah Perancis, Jerman,Sepanyol, Itali, Belanda, Portugal, Lithuania, Latvia, Slovenia serta Bulgaria setelah pengumuman Agensi Perubatan Eropah berhubung vaksin itu.

Sejak beberapa hari lalu, tercetus kekecohan berhubung vaksin berkenaan dikaitkan dengan risiko darah beku yang menyaksikan sebilangan negara dari Venezuela hinggalah Indonesia menghentikan sementara program imunisasi menggunakan AstraZeneca.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan usaha vaksinasi penduduk di serata dunia bagi mengekang penularan COVID-19 yang sudah meragut lebih 2.6 juta nyawa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula dijadual menerbitkan rumusan penilaian agensi itu terhadap keselamatan vaksin berkenaan, hari ini.

Vaksin AstraZeneca ialah antara yang paling murah, selain lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding beberapa keluaran lain, serta dilihat menjadi pilihan negara miskin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.