Malaysia mampu menang perang lawan COVID-19 jika patuh SOP – Noor Hisham

39

8 MAC: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu memenangi perjuang melawan COVID-19 yang berlarutan lebih setahun jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Dr Noor Hisham berkata biarpun sudah setahun telah berlalu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Kementerian Kesihatan (KKM) masih berjuang untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“InsyaAllah dengan kepatuhan semua kepada SOP, negara akan menang menangani wabak ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham menzahir ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas penghargaan yang diucapkan semasa perutusan khas mengenai Covid-19 pada 16 Mac 2020.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri berkata: “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini”.

Menurut Dr Noor Hisham, sesungguhnya semua warga KKM dari pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan Perdana Menteri dan akan terus berkhidmat untuk negara.

Sebelum ini media melaporkan Malaysia mencatatkan 1,219 kes baharu COVID-19 semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu sebanyak 327,253 kes.

Dr Noor Hisham semalam dipetik sebagai berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 499 kes daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini.

Negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes tiga angka adalah Sarawak dengan 225 kes dan Johor sebanyak (169), Pulau Pinang mencatatkan 69 kes baharu, Kuala Lumpur (54), Negeri Sembilan (46) dan Perak (36).

Turut mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini adalah Kedah dengan 26 kes, Melaka (20), Kelantan (19) dan Terengganu (15).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.