Penggubalan RUU Profesion Kerja Sosial di peringkat akhir

20

17 MAC: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini pada peringkat akhir penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata melalui perundangan itu kelak, profesion kerja sosial bakal diiktiraf menerusi pendaftaran dan perakuan amalan yang dikawal selia Majlis Profesion Kerja Sosial.

“Penggubalan RUU ini penting bagi mendepani cabaran sosial dan menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat, terutama kanak-kanak, wanita, warga emas yang rentan, orang kurang upaya dan golongan memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai 3,814 pegawai skim sosial pelbagai gred berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam skop tugas pekerja sosial yang membabitkan pengurusan kes kepada kumpulan sasar, sehingga Disember tahun lalu.

Kerja sosial adalah aktiviti dijalankan pekerja sosial profesional terlatih bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan, organisasi atau masyarakat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.