Kerajaan tetapkan harga siling petrol dan diesel

30

17 MAC: Kerajaan menetapkan harga siling bagi petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penetapan itu bersandarkan trend semasa dengan jangkaan harga minyak dunia akan meningkat dan terus menyebabkan kenaikan pada harga runcit petrol dan diesel.

“Kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter.

“Ini bermakna kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga menanggung subsidi 50 peratus bagi setiap tong gas cecair petroleum (LPG) 14 kilogram (kg) yang digunakan oleh rakyat, khususnya isi rumah.

“Harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini sekitar RM50.

“Namun, harga runcit ditetapkan pada paras RM26.60 setong, justeru kerajaan memberi subsidi hampir 50 peratus bagi setiap tong LPG 14 kg,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.