PKR tidak bincang kerjasama UMNO petang ini – Saifuddin

45

16 MAC:  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tiada perkara atau perbincangan mengenai kerjasama dengan UMNO dalam perjumpaan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perjumpaan bersama Presiden PKR yang dijadualkan diadakan di Eastin Hotel, Petaling, hari ini hanya perjumpaan biasa

SAIFUDDIN

“Saya menerima banyak panggilan hari ini, tak tahu kenapa. Kami tidak bincang tajuk (perkara) ini, perjumpaan petang ini (bersama Presiden PKR) hanya perjumpaan biasa,”katanya hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiada perbincangan dilakukan untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam masa terdekat.

“Masih belum sampai ke tahap itu,” katanya.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama sebuah akhbar tempatan, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal kerjasama PKR dan UMNO itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti itu telah menunjukkan perkembangan positif.

“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya memetik laporan akhbar tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.