PAS akan dapatkan penjelasan UMNO berhubung dakwaan Anwar

1,136

16 MAC : Walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kerjasama bakal dijalin dengan UMNO menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), PAS tidak akan melatah berhubung perkara itu. 

Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mempunyai platform untuk berbincang dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kami akan dapatkan penjelasan. PAS tidak akan melatah, sebab kenyataan itu daripada PKR,” katanya, hari ini. 

Terdahulu, menerusi temu bual bersama sebuah akhbar tempatan, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal kerjasama PKR dan UMNO itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti itu telah menunjukkan perkembangan positif.

“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan?

“Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya memetik laporan akhbar tersebut.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut mengesahkan setakat ini, tiada pengesahan daripada UMNO berhubung dakwaan Anwar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.