Tindakan Xavier Manifestasi Keyakinan terhadap PM

52

14 MAC: Parti Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan pengisytiharan terbuka Ahli Parlimen Kuala Langat yang juga mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Xavier Jayakumar untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong Kerajaan PN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebagai seorang seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman luas, PN percaya keputusan Xavier itu dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Dalam hal ini, PN menyifatkan sokongan beliau sebagai satu lagi manifestasi keyakinan terhadap kemampuan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu rakyat. 

“Terutama ketika menghadapi cabaran pandemik COVID-19,” katanya

Terdahulu,  Xavier semalam mengumumkan keluar parti itu serta merta selepas 23 tahun menganggotainya serta turut menyatakan sokongan terhadap PN dan akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai ahli Parlimen bebas.

Xaview berkata, tindakannya itu ekoran amat kecewa dengan beberapa perkara yang berlaku sejak tahun lalu.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu berkata, semua usaha kerajaan tersebut memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikan ia dapat dijayakan dengan baik.

Tambahnya, rakyat inginkan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi yang ‘sedang sakit’, jadi apa diperlukan adalah bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.