Poster Ab Rauf Diconteng Kata-Kata Kesat

68

14 MAC: Gambar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diconteng dengan perkataan kesat menimbulkan kegusaran khususnya kepada penduduk di Pulau Gadong. 

Apa yang lebih mengecewakan, terdapat dua gambar yang telah diconteng dengan perkataan yang kurang sopan yang terletak bersebelahan surau Alwaliyah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang.

Gambar itu disedari oleh beberapa penduduk di kawasan tersebut sejak petang semalam dan foto yang diconteng itu terus diviralkan melalui aplikasi WhatsApp seluruh UMNO bahagian di negeri ini.

Gambar pertama yang diconteng itu terpampang di papan iklan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pulau Gadong dalam Parlimen Tangga Batu.

Hanya gambar muka Rauf diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di samping dua tokoh lain iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Gambar kedua Rauf yang memaparkan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali turut diconteng dengan perkataan yang sama.

Terdahulu, Ab Rauf juga menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sejak pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri ini tumbang dengan sendirinya.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada UMNO Melaka akan mengambil tindakan lanjut berhubung insiden tersebut dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.