80 individu positif COVID-19, pasar Bang Kae Bangkok ditutup serta merta

12

14 MAC : Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), Parnrudee Manomaipiboon memgesahkan Pasar Bang Kae di daerah Thon Buri ditutup serta merta semalam ekoran 80 orang dikesan positif COVID-19 selepas mengunjungi pasar berkenaan.

Menurut Parnrudee, pengesanan jangkitan virus itu bermula pada jam 9.30 pagi yang membabitkan 1,400 orang di mana kebanyakannya adalah pelanggan dan peniaga di lima pasar berhampiran termasuk Bang Kae.

Pengumuman itu dibuat selepas tiga orang dari satu keluarga disahkan positif COVID-19 hasil ujian saringan awal.

Hasil ujian selepas itu menunjukkan 80 orang dijangkiti COVID-19 dan BMA kini giat melakukan ujian saringan dan pengesanan kontak, ujarnya.

“Pihak BMA dilaporkan menghantar sampel ujian calitan ke makmal Kementerian Kesihatan untuk ujian semula.

“Ada pelanggan yang ke pasar terbabit dari luar daerah dan pulang ke wilayah masing-masing selepas itu,” jelasnya.

Orang ramai mula bimbang selepas Pejabat Kesihatan Wilayah Nakhon Pathom menyeru orang ramai yang pernah ke pasar terbabit antara 27 Februari hingga 13 Mac untuk melakukan ujian saringan.

Punca jangkitan baharu itu masih belum dapat dipastikan namun ia telah menimbulkan kebimbangan tercetusnya kluster baharu di pasar terbabit dan masyarakat setempat.

Pegawai kesihatan memberitahu Bangkok Post yang pembawa virus itu adalah seorang ibu berusia 64 tahun yang ke Pasar Bang Kae untuk membeli rencah somtam di kedainya.

Wanita terbabit dilaporkan turut menjual salad betik di kedainya di Jalan Phetkasem dekat bandaraya ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.