Video tular: Lelaki maut diserang di Bangsar

175

3 MAC: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah diserang sekumpulan lima lelaki dipercayai berpunca daripada dendam di Bangsar, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Brickfields, Anuar Omar berkata, dalam kajadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa berusia 28 dan seorang rakan dalam perjalanan ke tempat letak kereta di sebuah lorong belakang, selepas minum di Jalan Telawi 3.

“Sekumpulan lima lelaki yang mengenali mangsa kemudian bertindak menyerang  mangsa dan rakannya.

“Akibatnya, , mangsa mengalami kecederaan serius dipercayai akibat ditoreh dengan senjata berupa pisau selain ditikam dengan botol minuman keras ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian melarikan diri ke arah pusat beli-belah Bangsar Village sebelum rebah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di PPUM, manakala rakannya parah pada muka dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Motif kejadian dipercayai akibat dendam lama antara si mati dan suspek. Lima suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan parah.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222, atau mana-mana balai berdekatan.

Terdahulu rakaman video mangsa dan rakannya dibelasah sekumpulan lelaki di belakang Bank Affin, Jalan Telawi 3 tular di media sosial.

Dua mangsa itu kemudiannya dilihat melarikan diri, dengan seorang daripadanya rebah dan cuba dibantu rakannya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.