Polis tiada kuasa kurang nilai kompaun RM10,000 – Ismail Sabri

38

13 MAC: Kompaun RM10,000 yang dikenakan pihak berkuasa kepada individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dijadikan isu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata nilai kompaun itu terpakai kepada semua kategori PKP yang termaktub mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

Katanya, perkara itu turut terpakai di semua negeri atau lokaliti sepanjang SOP terlaksana sama ada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP).

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI

“Polis juga tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan nilai kompaun ini di lapangan memandangkannya termaktub dalam akta.

“Namun, nilai kompaun ini boleh dirayu dan mungkin apabila dirayu, individu dikompaun mungkin dikenakan bayaran RM50 sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR), di Kem Transmitter, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri berkata, mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Katanya, bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.