Polis tahan tujuh lelaki bergaduh berebut parkir

30

13 Mac: Polis menahan tujuh lelaki disyaki terlibat dalam dua kejadian pergaduhan kerana berebut parkir motosikal di kawasan pangsapuri Intan Baiduri, Sungai Way di sini, menyebabkan dua lelaki cedera dan dua kereta yang diletak di kawasan itu rosak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian bermula malam kelmarin membabitkan sekumpulan lelaki kira-kira 11 orang yang bergaduh susulan tidak berpuas hati kerana berebut parkir.

NIK EZANEE

“Mereka yang cedera berusia 20 dan 34 tahun. Seorang yang cedera parah pada betis kiri dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala seorang lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya dalam kenyataan semakami

Beliau berkata siasatan awal mendapati parang turut digunakan dalam kejadian pada 11 malam kemarin dan 1.30 pagi semalam itu dan kesemua mereka yang terbabit dalam pergaduhan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

“Empat lagi suspek yang masih bebas telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka masih dijalankan,” katanya sambil memberitahu permohonan reman terhadap kesemua lelaki berusia antara 16 dan 30 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor R. Sangaran di talian 012-5390380 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662176.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.