Kes baharu COVID-19 turun di bawah paras 1,500, 3 lagi kematian

16

3 MAC: Kes positif baharu COVID-19 di Negara ini terus menunjukkan trend penurunan apabila sekali lagi mencatatkan kes di bawah paras 1,500 dengan 1,470 kes baharu dengan tiga kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 1,470 kes baharu positif COVID-19 berkenaan 1,458 kes adalah jangkitan tempatan (1,099 warga tempatan dan 359 pekerja asing), manakala 12 lagi kes import (lapan warga negara dan 4 rakyat asing).

“Dengan pertambahan kes baharu berkenaan menjadi jumlah kes masih aktif kepada 16,711 kes termasuk 162 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Pertambahan tiga kes kematian hari ini menjadi jumlah mangsa maut akibat COVID-19 di Malaysia sekarang adalah 1,206 kes atau 0.37%; 3 warganegara),” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, tiga kes kematian melibatkan masing-masing satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu. Ketiga-tiga kes merupakan warganegara Malaysia.

“Sebanyak 1,830 kes sembuh pula dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 yang sembuh adalah 304,492 atau 94.4 peratus daripada 322,409 kes di Malaysia secara keseluruhannya.

Begitupun, menurutnya, Selangor terus kekal dengan kes harian baharu tertinggi dengan 551 kes atau 37.5 peratus daripada keseluruhan 1,470 kes diikuti Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus).

“Kes di Selangor termasuk 473 kes (85.8 peratus) daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Sebanyak 89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes),” katanya. –  Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.