Keputusan Xavier perkukuh PN- Sallehen

29

13 MAC: Keputusan Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) akan lebih memperkukuhkan parti pimpinan kerajaan berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Sallehen Mukhyi, berkata walaupun punca tindakan dilakukan Naib Presiden PKR itu tidak jelas, keputusannya menyokong PN dialu-alukan.

SALLEHEN

“Kita tak tahu kenapa dan tak nak tahu sebabnya, tapi saya melihat keputusan ini memperkukuhkan PN sendiri.

“Ini juga akan menambahkan Ahli Parlimen yang menyokong PN,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Xavier hari ini, mengumumkan keluar parti itu serta merta selepas 23 tahun menganggotainya.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu melalui muat naik status di laman sosialnya, turut menyatakan sokongan terhadap PN dan akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bebas. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.