Dron Israel meletup, 3 nelayan Palestin maut

30

12 MAC: Sebuah dron Israel sarat bahan letupan, meletup di Pantai Khan Younis, menyebabkan tiga nelayan Palestin terbunuh baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza, Iyad al-Bozum dilaporkan berkata, dron jenis quadcopter itu tersangkut di jala dan meletup.

”Pihak kementerian mendakwa Israel bertanggungjawab atas kejadian berkenaan yang mengorbankan tiga nelayan.

“Kumpulan hak asasi didesak untuk mendakwa pihak berkuasa Israel di mahkamah antarabangsa atas perlakuan jenayah mereka terhadap rakyat Palestin,”katanya.

Beliau berkata, kementerian akan menyiasat kejadian itu. 

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan rejim itu terlibat dalam kejadian berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.