DAP Kaitkan MCA Tolak Undi 18 Adalah Fitnah

30

12 MAC: Dakwaan pemimpin DAP yang mengaitkan Pemuda MCA tidak menyokong dan menolak pelaksanaan Undi-18, yang sudah diluluskan dan diwartakan adalah fitnah dan tidak benar.

Justeru, Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting menafikan tuduhan yang dilemparkan pemimpin DAP, Liew Chin Tong  bahawa partinya takut terhadap pengundi muda.

“DAP ini memang kaki fitnah, malah bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu merupakan kaki fitnah yang paling ‘low class’sekali. Inilah cara yang biasa digunakan oleh kaki-kaki fitnah di sebelah sana.

“Sebenarnya, pemuda MCA pada 6 Mac, dalam Perhimpunan Agung Pemuda MCA kali ke-56 menggesa kerajaan tetap berpegang perkara diputuskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk menguat kuasakan dasar umur layak mengundi 18 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Chin Tong dalam kenyataan di Facebook miliknya baru-baru ini sebagai respon kepada laporan mengaitkan Nicole menyatakan sesebuah parti yang takut kepada pengundi muda tidak ada tempat dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Nicole memberitahu beliau dan sayap parti itu tidak pernah gentar dengan pelaksanaan Undi-18.

“Pemuda MCA tidak pernah takut, malah kami menanti-menantikan masa itu akan sampai

“Ini kerana saya percaya golongan muda negara ini akan menolak sekuat-kuatnya ahli-ahli politik yang hanya focus dalam menfitnah dan memburuk-burukan nama orang lain,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.