Ahli farmasi komuniti disenarai penerima vaksin fasa pertama

29

12 MAC : Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ahli farmasi komuniti kini dikategorikan dalam senarai petugas barisan hadapan yang akan menerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam bersetuju memasukkan ahli farmasi komuniti dalam Kategori 2, Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Dr Adham menjelaskan ia susulan permohonan daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Malaysian Community Pharmacy Guild (MCPG).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.