UAE komited tingkatkan pelaburan di Malaysia

38

11 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan memberikan komitmen menggandakan pelaburan dan perdagangan hingga lima kali ganda ke Malaysia.

Katanya, UAE juga menyatakan kesediaan untuk membantu Malaysia merealisasikan agenda pendigitalan pendidikan selaras dengan program Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau berkata, dua perkara itu adalah antara berita baik dibincangkannya bersama Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dalam pertemuan mereka, semalam.

Perdana Menteri berkata, pada pertemuan berkenaan, pemimpin UAE itu memberi petunjuk ke arah ‘kerjasama tanpa had’ dalam perkara yang dibincangkan membabitkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Berhubung kerjasama membabitkan bidang pendidikan, katanya, Malaysia akan memperoleh manfaat dalam bentuk  pembangunan ekosistem dan peralatan bagi program pendigitalan pendidikan negara.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke UAE, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.