UAE belajar cara Malaysia bantu PKS ketika pandemic COVID-19

23

11 MAC: Usaha Malaysia membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika pandemik COVID-19, menarik perhatian Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekali gus mendorong kerajaan negara terbabit mempelajari mekanisme digunakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata justeru, UAE berhasrat mengetahui kaedah diaplikasikan kerajaan negara ini untuk membantu golongan berkenaan bangkit semula daripada krisis kesihatan itu.

Katanya, perkara itu dinyatakan Putera Mahkota UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan ketika beliau menerangkan cara Malaysia membantu golongan terkesan akibat pandemik.

“Saya ceritakan kita bantu PKS kita melalui pakej rangsangan. Baginda tertarik dan berkata mahu menghantar satu pasukan delegasi untuk melihat perkembangan PKS di Malaysia.

“Ini termasuk bentuk bantuan yang kita salurkan dan bagaimana digunakan,” katanya pada sidang media di Abu Dhabi, UAE.

Perdana Menteri mengakhiri lawatan rasmi ke Asia Barat, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.