PKPD Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sarawak tamat hari ini

17

11 MAC : Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak bermula esok. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,311 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 13 kes telah  dilaporkan. 

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes, kluster adalah terkawal dan kesemua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan.

“Setelah membuat penilaian risiko dan nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu Sarawak pada 12 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan Kerajaan akan melanjutkan PKPD di dua Kampung di Sabah susulan masih merekodkan kes baharu positif COVID-19. 

Beliau berkata, kampung tersebut adalah Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, 
Nabawan yang akan dilanjutkan sehingga 26 Mac ini. 

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 81 kes positif COVID-19 telah 
direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baru dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah bermula 13 Mac sehingga 26 Mac 2021,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.