Korea Selatan tawar vaksin AstraZeneca kepada penduduk 65 tahun ke atas

16

11 MAC: Penduduk Korea Selatan yang berusia 65 tahun ke atas akan ditawarkan vaksin AstraZeneca.

Tawaran itu dibuat kerajaan Korea Selatan yang meluaskan vaksinasi kepada penduduk dalam golongan umur berkenaan, membabitkan vaksin jenis itu.

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun berkata, tujuan pemberian vaksin itu adalah bagi mempertingkatkan usaha vaksinasi di negara terbabit.

Negara itu melancarkan program vaksinasi sejak minggu terakhir Februari yang dimulakan kepada warga emas dan petugas kesihatan.

Bagaimanapun, seramai lebih 370,000 penghuni rumah jagaan berusia 65 tahun ke atas sebelum ini dikecualikan pemberian vaksin kerana kekurangan data ujian klinikal mengenai golongan itu.

Menurut Chung, sebelumnya, vaksinasi itu juga ditangguhkan kepada golongan berusia 65 tahun dan ke atas kerana kekurangan bukti bagi mengesahkan keberkesanan vaksin AstraZeneca.

“Bagaimanapun, baru-baru ini data dari Britain menunjukkan vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech memberi hasil lebih 80 peratus berkesan dalam pencegahan golongan berusia atas 80 tahun.

“Maka, vaksin Oxford-AstraZeneca bagi tujuh juta penduduk, termasuk golongan ini akan dilancarkan pada minggu terakhir Mei 2021,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.