Kes baharu COVID-19 meningkat sedikit, kematian masih tinggi

26

11 MAC: Kes baharu COVID-19 di negara ini semalam menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kelmarin apabila sebanyak 1,647 kes baharu dilaporkan sehingga tengah hari tadi berbanding 1,448 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, lima merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Menurutnya,  dengan pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 319,364 kes.

NOOR HISHAM

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 712 kes diikuti Johor (170) dan Pulau Pinang (169) kes.

“Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 17,544 kes.

“Daripada jumlah kes aktif itu, terdapat 147 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 61 daripadanya masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat sembilan kes kematian dilaporkan membabitkan warganegara hari ini.

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,200 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 2,104 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 300,620 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.