Kerajaan perlu kemuka rayuan isu kalimah Allah

43

11 MAC: Kerajaan perlu mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata isu berkenaan menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia, dan ia bukan satu perkara baharu.

“Keputusan ini menunjukkan dua perkara, iaitu pertama, kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus tegas tidak akan mencampuri urusan mahkamah. Ini prinsip penting negara kita dan sikap PN ini mesti diiktiraf serta dipuji.

“Manakala kedua, perundangan kita perlu mengambil kira suasana dan adat setempat (uruf). Maka dalam hal yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebegini, ada keperluan untuk perkara ini ditangani dengan cermat dan teliti,”katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan perkataan solat, Kaabah serta Baitullah dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Keputusan terbabit dikeluarkan selepas 13 tahun dua bulan kes berkenaan dibicarakan sejak difailkan pada 2008.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.