Isu kalimah Allah : KDN akan ambil tindakan susulan

57

11 MAC: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan susulan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata, tindakan susulan itu akan diputuskan daripada aspek perundangan.

Katanya, KDN maklum berhubung keputusan mahkamah itu yang berkaitan isu kalimah Allah dan hal-hal lain yang dibawa Jill Ireland Lawrence Bill terhadap kementerian terbabit. 

“Saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi, mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan berkenaan.

“Malah semua pihak diminta menghormati proses perundangan dan kehakiman negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan perkataan solat, Kaabah serta Baitullah dalam penerbitan agama itu untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.