6,955 pulang luar negara masih jalani kuarantin wajib

41

11 MAC: Seramai 6,955 daripada 141,294 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu, masih menjalani kuarantin wajib.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,010 individu pula dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala 133,329 dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Sebelum itu, mereka ditempatkan di 76 hotel dan 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri
ISMAIL SABRI

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan pemeriksaan di 41 tapak pembinaan di seluruh negara, semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 40 tapak binaan terbabit beroperasi dan mematuhi SOP manakala satu lagi diarahkan tutup serta-merta.

“Penguat kuasa CIDB melaksanakan 16,101 pemeriksaan membabitkan 9,111 tapak binaan di seluruh negara antara 20 April hingga semalam,” katanya.

Mengenai barang keperluan asas, Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan yang terdiri daripada 570 peruncit,155 pemborong (155) dan 31 pengilang.

“KPDNHEP juga telah melakukan 2,107 pemeriksaan khas pematuhan SOP. Daripada jumlah itu, 2,098 premis mematuhi SOP serta dua diberi nasihat manakala tujuh lagi dikompaun,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan seramai 4,807 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan semalam dengan 114 individu disahkan positif COVID-19.

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan sehingga semalam, seramai 603,597 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19 yang membabitkan 31,466 majikan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,614 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 593,983 lagi adalah negatif dan hingga kini, sebanyak 1,520 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya.

Mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 242 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 240 individu dikompaun manakala dua orang pula direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah hagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (66), tiada penjarakan fizikal (46) dan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (33).

“Selain itu, kesalahan yang turut dicatatkan iaitu aktiviti pusat hiburan (6), premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (2) serta ingkar arahan PKPD (1),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.