3,000 petugas kesihatan di 60 negara maut akibat COVID-19

22

11 MAC : Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN) dalam satu kenyataan berkata, sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia kerana dijangkiti COVID-19 sejak bermulanya pandemik ini.

Menurut ICN, angka kematian jururawat akibat wabak itu adalah rangkuman daripada 60 negara dan ia mungkin kiraan kasar daripada jumlah keseluruhan.

Angkat tersebut telah menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas kesihatan terhadap ancaman bertugas menghadapi wabak COVID-19 ini.

Sementara itu, ICN turut mendedahkan jutaan jururawat mempertimbangkan untuk berhenti kerja ekoran faktor keletihan dan tekanan dalam menghadapi pandemik ini.

ICN memberi amaran bahawa selepas pandemik berakhir, jururawat berpengalaman semakin berkurangan bagi menggalas tugas penjagaan biasa di hospital yang tertangguh akibat krisis pandemik berkenaan.

Ketua Eksekutif ICN, Howard Catton, berkata jururawat mengalami ‘trauma besar-besaran’ ketika pandemik, terpaksa bekerja sehingga mereka letih secara fizikal dan mental

Catton berkata, bilangan jururawat di seluruh dunia ialah seramai 27 juta, kekurangan enam juta apabila pandemik berlaku dan empat juta bakal bersara menjelang 2030

ICN dalam satu laporan mengatakan, pandemik COVID-19 boleh menyebabkan langkah berhenti kerja beramai-ramai daripada kerjaya itu, seawal pertengahan tahun ini dan boleh menyebabkan jumlah jururawat global akan berkurangan sehingga hampir 13 juta orang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.